top of page

My very first trip to Hat Yai, Thailand

  • Ted M Afandi
  • Jan 28, 2016
  • 5 min read



Hi guys, this is my first post on this blog! Assalamualaikum semuanya. Entry ini untuk menceritakan tentang perjalanan aku pergi sampai lah balik dari Kajang hingga lah ke Hat Yai, Thailand. 23 Januari 2016

5.30pm - Aku dan Wanie (officemate/classmate/travelmate) minta izin bos dulu nak balik awal sebab kitorang nak gerak awal ke Changlun, Kedah. Plan nya, malam tu nak tidur semalam kat Changlun dulu, esok pepagi gi masuk sempadan. Sebab pintu sempadan tu tutup pukul 10malam tak silap. Jadi lepas isi minyak di Petronas Uniten, bergeraklah kami ke Utara. Petang tu hujan pula, jadi terpaksalah bawa slowwwwwwwwwwwww gila, 90km/j (bagi aku itu agak slowww sebab highway, haha!)


7.30pm - Lebih kurang 2 jam perjalanan, sampai lah ke R&R Tapah sebab memang plan nak solat dan makan KFC kat situ. Senang sekali jalan je nak berhenti. Berhenti lebih kurang sejam jugak lah, lapar kan, hujan sejuk-sejuk makan KFC.



Ni lah rupa R&R Tapah bagi yang tak pernah datang ke singgah ke hehe. Pastikan korang kunci kereta dan letak kereta di kawasan yg selamat, biasa lah RR&R ni.

Alhamdullilah, rezeki ni, ni je makan sebab nak jimat-jimat. Ikutkan nafsu buaya, aku beli lebih banyak lagi daripada ni ha. Jimat duit sebab nak masuk sempadan kan. 8.30 pm - Sesudahnya makan dan solat di R&R Tapah, kitorang pun bawa kereta sampai lah ke Changlun. Kejap perlahan, kejap laju, haha, kawasan naik turun bukit kt Ipoh tu, lepas tu hujan lagi, jadi kena lah fikir keselamatan jugak. Dah nak dekat pukul 11 macam tu, mengantuk gila. Mana taknya, pergi kerja pukul 8pagi, tapi aku bangun pukul 4pagi sebab mak ayah aku gerak dulu ke Thailand pagi tu, Tengahari macam tu dorang dah sampai kt Grand Plaza Hotel, Hat Yai. Nasib la waktu drive tu aku tak terlelap, menyanyi sekuat hati, tapi memang rabak la mata aku. Singgah kt Juru je isi minyak lagi sekali


11.30 pm - Sampai lah dihotel yang ditempah, RM85 satu malam, termasuk sarapan pagi buffet. Berbaloi la tu, biasa hotel bajet je dapat, tu pun tak dapat apa-apa dah hahaha. Gambar hotel tu kat bawah ni ha. Hotel bersih, baru, moden, selesa, murah, dan senang nak cari. Tepi jalan je kat highway tu. Kat area situ banyak kedai makan, kedai burger, bank, stesen petrol lagi. Pendek kata senang duduk kat sini sebab dekat dengan semua benda,



Dua katil bujang, memang selesa, kalau boleh aku taknak bangun pagi esok tu, tapi bila fikir eksaiiiiteddd nak masuk Thai, aku bangun lelaju pergi mandi. HAHAHA, Tipu sangat. Penat kot drive jauh, memang lemau jugak la.



24 Januari 2016


8.30 am - Turun bilik, check out dan sarapan dulu sebelum gerak. Pagi ni banyak sikit urusan aku, sebab kena beli insurans Thai, bla bla bla borang bla bla untuk masuk Thai. Jadi lepas makan, aku masuk barang dalam kereta dan terus cari stesen minyak yang kat depan sikit sebelum masuk Thailand. Haaa, ada pun, jumpa lepas simpang tiga kat Changlun tu, jumpa Caltex sebelah kiri. Kat situ, aku isi minyak penuh-penuh sebab di Thailand, harga minyak sangat mahal RM4.00 seliter (WTFFFF!) jadi isi sepenuh yang boleh. Sementara aku suruh si Wanie ni isikan minyak sampai tertumpah haha, aku gi kat kaunter dalam tu, tanya boleh beli insurans Thai tak?


Jawapannya mestilah boleh, haha, dah terang-terang kat pintu dia tulis Insurans Thai Sell Here. Untuk kawan-kawan yang nak bawak masuk kereta, ada beberapa dokumen diperlukan untuk lepas imigresen dan kastam Thai nanti. Kalau boleh, 2-3 hari sebelum bertolak tu, dah complete.


1.Geran Kereta

Seeloknya asal, kalau tiada yang asal, boleh lah cari yang fotostat tu tapi pergi cop kat Balai Polis di kawasan rumah korang. Orang kata tak cop pun takpe, tapi aku tak berani laaa, aku gerun bila fikir pasal sistem undang-undang sana, tak macam sini.


2.Insurans Thai

Dibeli di Caltex/kedai bebas cukai/kedai isurans) dengan harga RM19 untuk 8 hari, bergantung pada pengeluar tu, ada yang murah, ada yang mahal, ikut lah bajet korang.


3.Surat Kebenaran

Surat kebenaran yang menyatakan korang ni boleh bawa masuk kereta tu ke Thailand tu dengan kebenaran pemilik dan perlu jugak dicop dibalai polis berdekatan.


4.Arrival Card/Departure Card

Ini boleh dibeli sekali di kedai yang jual insurans tu dengan harga RM4 setiap sekeping, dia siap isi sekali, tapi kalau nak jimat pergi kat Pntu Sempadan amik freeje tapi kelam kabut sikit la.


5.Borang TM2/TM3

TM2 ni borang nak bawak masuk kereta, dan TM3 ni borang isytihar penumpang, dan ianya berharga RM4 jugak, nanti orang tu tolong isi. Dan macam biasa, nak free pergi ambil dekat pintu sempadan tadi. Nak isi pun benda senang je.


MAAF YE, lupa nak snap borang-borang ni haritu sebab excited sgt masuk ke sempadan haha. Borang-borang ni nanti masa nak keluar dari Thai, kena serah balik dekat Kastam tau, kalau tak denda 10,000 Bhat. PERGHHHH! Dan semua borang ni aku dapatkan di Caltex/Kedai Bebas Cukai kat Changlun tu. Naluri Aman Sdn Bhd. Nak tukar duit pun boleh kat sini, dan tak lupa aku beli simkad Thai Traveller berharga RM37, dapat 1.5GB Internet (boleh share hotspot 2/3 phone) dengan 100Bhat airtime, sebab depan sikitttt je, dah tak kuat line hp Malaysia. Dapat connect AIS je, Thai punya line.



Perkara yang mula-mula korang kena buat, korang akan lalu dulu Imigresen Malaysia, lepastu kat kaunter tol tu, hulur passport, bagi salam senyum sikit, then dia scan passport korang, lepastu, okay lah dia bagi balik dan jalan lah ke Imigresen Thailand.


10.30am - Okay, park dulu kereta kat tepi, lepas pintu tu, ada satu kawasan parking kereta, park kereta, semua turun dan pergi cop passport, arrival card (nanti dia amik, pastikan dah isi), dan borang TM2/TM3. Dah cop, pastu penumpang boleh gi tunggu dalam kereta balik. Lepastu pemandu sahaja, jenguk ke kaunter CUSTOM HOUSE THAI, bagi geran, dan surat kebenaran, nanti dia akan keluarkan satu borang. SIMPLIFIED CUSTOM DECLARATION FORM, dia akan cop kat situ lepas tu korang pun bebas lah nak masuk Thailand. Yeayyyyyyy, bawa kereta lalu kat laluan tu, lepastu sampai lah ke Thailand,


11.00 am - Walaupun bezanya cuma 100meter, tapi infrastruktur kat sini lain macam, wayar dgn kabel dia bersepah-sepah, berselirat tengoknya haha. Memang terasa lain terus. Kat sini bawak lah kereta dengan cermat sebab dah kat tempat orang kan, eksiden ke apa ke susah nanti.


12.30pm - Dah sampai bandar Hat Yai, tak lah jammed pun, kereta banyak, tuk tuk lagi banyak. Kat sini kalau nampak orang pakai vest hijau tu, maknanya dorang buat deliver orang, macam teksi lah hahaha. Kereta Proton plat Thai, macam bangga jugak lah hahaha. Dah sampai sini, terus pakai map Thai, search hotel kat Grand Plaza, betul-betul kat town Hat Yai. Dah sampai sana, aku terus rehat sebab bilik selesa dan cantik jugak lah. 3 bintang je rasanya.


Siapa yang rasa diri dia tu cerewet sikit bab air minuman/mineral, haaa bawak banyak-banyak dari Malaysia sebab yang kat Thai, ada Chang, Nestle, Singha, dan lelain yg tak pernah dengar. Spritzer, Cactus, Bleu, ke apa-apa ke memang takde kat sana. Sebotol air mineral dorang 20Bhat. Dan air botol dorang ada yg sama macam air bateri kereta, hahaha, nak tergelak aku tengok, pelik memang pelik.


AMARAN - Jangan bawak balik air mineral kat hotel ni sebab kena bayar nanti masa discharge, aku ye ye la ingat free, sekali kena bayar jugak cehhh! Memang aku buat hiasan je botol tu kat rumah.


1.30 pm - Oleh kerana nak menjimatkan minyak, kitorang pergi ke Songkhla dan samila's Beach menaiki van sewa je. Boleh suruh hotel call kan kalau tak tau. Panas terik jugak cuaca kat sana :(


NANTI AKU SAMBUNG LAGI, PENING LA :(

 
 
 

Comentarios


© 2016 By Ted M Afandi.

bottom of page